Wednesday, October 6, 2010

Fenomena Laskar Pelangi

X dapat melelapkan mata pagi ini... otak terlalu ringan bila bebanan merangka modul ICT selesai.. Filem Laskar Pelangi menjadi penghibur hingga jam 4.51 pagi. Penceritaan yang bagus tentang perjuangan anak kecil menuntut ilmu di persekolahan Islam SD Muhammadiyyah yang serba daif dan gurunya Ibu Muslimah yang x pernah luntur mempertahankan prinsipnya sebagai pendidik.


Teruja melihat keakraban dua anak kecil yang saling membina motivasi antara mereka iaitu Ikal dan Lintang... Ikal bangkit menuntut ilmu dikala Lintang yang paling genius terpaksa berundur dari pengajian kerana trpaksa menjaga adik2nya bila ayahnya meninggal dunia di lautan..dan semangat Lintang pula diwarisi kepada anaknya agar dapat meneruskan cita-citanya yang terhenti dahulu.

Manakala Ikal pula menlanjutkan pelajarannya ke Perancis namun amat berterima kasih kepada teman2nya di SD Muhammadiyyah terutamanya Lintang yang banyak memberikan dorongan kepadanya...

Tersentuh hati bila di plot terakhir cerita Ikal menghantar poskad kepada Lintang dengan ungkapan yang begitu mendalam :

"jangan pernah menyerah kawan"

dan ungkapan itu dijadikan pula ayat pendorong motivasi Lintang buat anak perempuannya,

" Kejar Pelangimu hingga ke hujung dunia nak! macam pakcik Ikal! jangan pernah menyerah....."
--------------------------------------------

Semakin bermakna Lirik lagu Laskar Pelangi pada saya kini!!
Teringat pula pada Laskar-laskar pelangi di Pulau Perhentian yang telah saya dan teman2 ABIM & PPIK tinggalkan mereka tanpa sebarang followup lagi!!

Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya
Laskar pelangi takkan terikat waktu

1 comment:

  1. Hey, something is wrong with your site in Opera, you should check into it.

    ReplyDelete